IMPLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN TERHADAP PENGAJARAN PEMBELAJARAN (PP) Pengajaran de Pembelajaran: Dewasa ini, peranan pendidik dalam menyampaikan pengajaran yang bermakna kepada anak didiknya sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran yang menjadi asas pegangannya. Seseorang pendidik akan menggunakan kaedah pengajaran yang paling efisyen bagi menjamin berlakunya pembelajaran di kalangan murid-muridnya. Secara umunya, pengajaran ialah penyampaian maklumat dalam seting pendidikan misalnya sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Manakala pembelajaran pula adalah perbuatan atau pengalaman seorang pembelajar yang diperoleh melalui pendidikan1. Namun, dalam konteks pendidikan, memorial de pembelajaran maksud perubahan tingkah laku seseorang akibat ilmu, kemahiran atau amalan yang diperoleh melalui proses pendidikan. Teori pembelajaran boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu teori pembelajaran pembelajaran behavioris, kognitif, konstruktivisme, sosial dan pendekatan humanis. Setiap jenis teori pembelajaran tersebut mempunyai prinsip dan pemfokusan yang berlainan. Malah, hujah yang dikemukakan juga banyak bergantung pada persekitaran dimana pelopor teori tersebut membesar, mendapatkan pendidikan dan budaya masyarakat setempat. Contohnya, teori behavioris yang berpecah kepada tiga cabang iaitu, teori pelaziman klasik, teori pelaziman tingkah laku dan teori pelaziman operante. Jika kita mengkaji dan memahami teori-teori tersebut, sangat jelas dan nyata, idéia yang dikemukakan bergantung pada jangka masa teori tersebut diilhamkan. Teori Behavioris: Setiap teori pembelajaran yang dikemukakan memberi implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran secara tersendiri. Berdasarkan teori pembelajaran behavioris yang dipelopori por John Broadus Watson, Ivan Petrovich Pavlov, Edward Thorndike e Burrhus Frederic Skinner. Dalam teori mereka, mereka memberi bebrapa fokus dalam pengukuhan, pengukuhan berjadual, shaping, penghapusan dan modifikasi tingkahlaku. Pelaziman Klasik: Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan por Pavlov dan Watson melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert Dan eksperimen ke atas anjing. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan. Melalui teori yang dikemukakan por kedua - dua tokoh tersebut, dapatlah digunakan para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut dalam PampP ialah gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid-murid dalam PampP) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga, ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid - murid untuk memudahkan proses PampP. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan perkataan 8220bola8221 kepada murid, pastikan murid mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan buku apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya. Malah, guru perlu membimbing murid-murid menggunakan kemahiran generalisasi dengan tepat, dengan memberikan pelbagai contoh yang berkaitan. Selain daripada itu juga, guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Contonhnya, memberikan penyelesaian masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan gula - gula, pada suatu hari guru memberikan pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan. Pelaziman Operan Manakala, teori pelaziman operan yang dipelopori por Skinner lebih menekankan kepada peneguhan diberikan selepas responden berjaya dalam sesuatu usaha atau berlakunya peningkatan positif. Melalui kajian yang dijalankan beliau terhadap tikus, dapatlah disimpulkan bahawa tingkahlaku yang disertai dengan pengukuhan akan meningkatkan kebarangkalian berlakunya tingkahlaku yang sama pada masa akan datang. Manakala peneguhan negatif yang diberi akan membawa kesan tidak menyeronokkan dan responden akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini. Antara implikasi teori tersebut dalam PampP ialah, sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diicuti denja secar berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Selain daripada itu, prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini. Malah, guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. Hukum Kesan: Teori yang dikemukakan por Edward Thorndike ini terdapat pertindahan untuk dikelaskan. Dalam sesetengah sumber, ia dikategorikan dalam teori pelaziman, dan sesetengahnya pula pengklasifikasikan sebagai Hukum Kesan. Thorndike menjalankan kajian ke atas kucing yang sedang lapar dibiarkan di dalam sangkar yang mempunyai penyendal untuk membuka pintu sangkar tersebut dan kucing tersebut boleh mendapatkan makanan yang berada di luarnya. Dalam teorinya, terdapat tiga jenis hukum iaitu hukum kesediaan, latihan dan kesan. Implikasi teori Thorndike dalam PampP ialah untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai. Selain daripada itu, ia mampu mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respon atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan social do material. Malah, teori ini juga menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka. Teori Kognitif: Jean Piaget merupakan individu bertanggungjawab yang telah mempelopori teori ini. Menurut beliau, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat peringkat deria motor (0-2 tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-12 tahun) dan operasi formal (selepas 12 tahun) . Teori ini juga menekankan lima konsep asas iaitu skema, adaptasi, keseimbangan, asimilasi dan akomodasi. Teori Kognitif ini memberikan beberapa implikasi dalam proses PampP. Menurut teori tersebut, isi kandungan hendaklah disusun mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak dan yang paling relevan adalah daripada konkrit kepada abstrak, dekat kepada jauh, pengalaman sedia ada kepada pengetahuan baru dan daripada kasar kepada halus. Contohnya, untuk mengajarkan tentang buah-buahan tempatan, mulakan dengan memberi contoh yang diketahui oleh murid-murid terlebih dahulu. Selain daripada itu, guru seharusnya berperanan sebagai fasilitator dalam proses PampP yang bertugas sebagai penyusun maklumat yang hendak disampaikan bagi memudahkan murid mengaitkan pelajaran baru dengan pelajaran lepas. Seterusnya, guru harus sedar bahawa ada murid yang berada dalam mod pembelajaran yang berbeza dan guru perlu bijak memainkan peranan dalam menguasai proses PampP. Sebagai contoh, jika terdapat murid yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam proses pembelajaran yang berlangsung, guru perlu memikirkan cara yang efisyen bagi menarik minat mereka. Teori Konstruktivisme: Teori ini berlandaskan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Antara tokoh yang bertanggungjawab memperkanalkan teori ini adalah L. Vigotsky e Jean Piaget. Melalui hujah-hujah yang dikemukakan, dapatlah disimpulkan bahawa, implikasi teori ini dalam PampP ialah peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara serta perancang dan pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bererti tahap isi pelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan pelajar. Contohnya, jika pelajar tidak mampu menguasai sesuatu topik, guru perlu mengubah pendekatan yang lebih mudah difahami oleh murid tersebut. Selain daripada itu juga, penilaian tradisi tidak sesuai lagi digunakan dan bentuk serta alat penilaian terhadap tahap pembentukan ilmu hendaklah dibentuk oleh guru dan murid bersama-sama. Hal ini bermaksud, penilaian seperti peperiksaan dan ujian bukanlah peratusan atau kemahiran sebenar murid-murid. Guru seharusnya menyediakan penilaian lain secara berterusan bagi menentukan tahap sebenar anak didiknya. IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KE ATAS PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PampP) KEPADA KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS Teori pembelajaran yang diperkenalkan bukan sahaja memberi implikasi dalam PampP kanak-kanak normal, namun ia turut mencakupi kanak - kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang mengalalami masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran2. Bagi guru-guru yang sudah lama berkecimpung dalam dunia khas, semestinya mereka telah memahami dan begitu arif tentang pengubahsuaian kurikulum berdasarkan kognitif dan tahap keabnormalan murid-murid. Malah, jika diteliti dan dihayati, pengajaran terhadap kanak-kanak khas juga banyak mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang diutarakan. Teori Behavioris: Dalam mengajar kanak - kanak berkeperluan khas, pengaplikasian teori ini amat tepat dengan situasinya. Jika kita melihat kepada masalah kanak-kanak khas yang kebanyakkannya tidak tahu membaca, pendekatan teori ini mampu meningkatkan sedikit ransangan mereka agar terus berminat dalam mengikuti pembelajaran. Berdasarkan teori tersebut juga, guru-guru boleh menggunakan peneguhan positif atau negatif bagi meransang murid-murid berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca. Seelok-eloknya, guru perlu memberi ganjaran atau hadiah kepada murid-murid yang menguasai kemahiran tersebut. Sebagai contoh, seorang guru memberikan coklat kepada muridnya yang mampu membaca huruf 8216a8217 hingga 8216h8217 dengan betul. Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain untuk mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut unusk terus menguasai huruf seterusnya. Malah, berdasarkan hukum pembelajaran yang terdapat dalam teori tersebut, seseorang guru perlulah membuat persiapan sebelum mengajar. Sediakan BBM yang menarik, ransangan yang sesuai dan teknik pendekatan yang praktikal. Selain daripada itu juga, guru perlu memastikan tahap kesediaan murid. Bagi mengetahui tahap murid-murid, gunakan waktu set induksi untuk berinteraksi dan bertanyakan hal-hal umum kepada murid-murid. Contohnya, guru bertanyakan apakah yang dilakukan oleh anak muridnya yang mengalami masalah hiperaktif. Guru perlu memberikan respon yang spesifik dan kerap. Hal ini kerana murid-murid khas sentiasa memerlukan perhatian dan respon agar mereka dapat meningkatkan tahap kelakuan kearah yang lebih positif. Respon guru dan teguran yang positif serta spesifik agar kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku dapat mengetahui masalah mereka yang lari dari norma asal. Contohnya, kanak-kanak 8216down sindrom8217 yang bermasalah akolalia iaitu mengulang-ulang perkataan dengan kerap, guru perlu menegur secara terus terang bahawa perlakuannya adalah diluar norma manusia normal. Respon guru tersebut, mampu mengurangkan keadaanya kepada yang lebih baik. Selain daripada itu juga, guru perlu menggiatkan penghapusan tingkah laku yang tidak diingini. Gunakan kaedah 8216time-out8217, 8216kontrak8217, 8216pengasingan8217, dan sebagainya dalam mengawal dan mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Namun begitu, kaedah atau hukuman tersebut perlulah sesuai dengan masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut. Jika kanak-kanak yang mengalami masalah para baixo sindrom, kaedah 8216time out8217 merupakan antara kaedah yang boleh digunakan. Teori Kognitif: Menurut teori kognitif, guru perlu menyediakan BBM yang berbentuk besar, maujud ataupun benda yang senang dilihat dan disentuh. Adalah lebih baik sekiranya bahan pengajaran tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada murid-murid dan sesuatu yang hampir dengan kanak-kanak tersebut. Manakala dalam mendidik kanak-kanak khas, guru perlu mempelbagaikan BBM kerana tahap kognitif mereka terhad. Contohnya, guru ingin mengajarkan tentang buah-buahan, guru membawa dan menunjukkan buah-buahan sebenar serta menyuruh murid menyentuh, melihat, mencious bau dan merasa buah tersebut. Pendekatan tersebut akan menjadikan murid lebih mudah mengingat apa yang dipelajari pada hari itu. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah daya tumpuan yang singkat, guru perlu lebih peka dalam penyediaan rancangan pengajaran. Jika murid-murid sudah menguasai konsep terdahulu, guru tersebut perlulah meningkatkan tahap pembelajaran kepada sifat egosentrik. Kanak-kanak khas juga sebenarnya mempunyai keupayaan jika diberi pendedahan secara sistematik dan terapi yang berterusan. Sebagai contoh, jika murid sudah mampu menguasai operasi tambah dan tolak dalam subjek matematik, guru perlu mempertingkatkan pengajaran kepada operasi darab dan bahagi yang lebih mencabar. Pada masa tersebut, pemikiran mereka akan terus berkembang. Selain daripada itu juga, kanak-kanak khas perlu diajar mengikut subjek yang telah disusun dan diperingkatkan. Pemeringkatan tersebut perlulah dari yang senang kepada susah kerana mereka sangat bermasalah dalam reseptif dan menyusun maklumat yang diterima. Apatah lagi untuk menyimpan ingatan tersebut dalam stor jangka masa panjang. Contohnya dalam mengajar operasi tambah dalam matematik, guru perlu memulakan dengan nombor yang kecil. Setelah murid-murid mampu menguasainya, barulah guru memberikan soalan yang membabitkan nombor lebih besar. Malah, guru perlu mengubahsuai kaedah dan pendekatan PampP untuk disesuaikan dengan keadaan murid-murid khas tersebut. Contohnya, jika seorang guru ingin mengajarkan murid-murid yang dikategorikan sebagai autisme, kaedah pengajaran tersebut perlulah menekankan komunikasi dan interaksi terutamanya yang melibatkan 8216eye contact8217. Perbanyakkan interaksi dua hala dan soalan yang mampu dijawab serta menarik minatnya untuk terus meningkatkan tahap komunikasi. Kaedah PampP yang digunakan perlulah ringkas dan berkesan kerana kanak-kanak khas tidak mampu menerima laras bahasa yang tinggi. Teori Konstruktivisme: Implikasi teori konstruktivisme dalam proses PampP kanak-kanak berkeperluan khas pula ialah guru perlu membina suasana PampP yang mampu membina pengetahuan murid-murid. Pastikan suasana yang dibina tidak merencatkan pengetahuan mereka. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mengalami 8216membrança mental8217 tahap ringan dan boleh dididik dibiarkan dalam kelas yang menempatkan kanak-kanak 8216religamento mental8217 sederhana akan memberi kesan negatif terhadap perkembangannya. Sepatutnya, kanak-kanak tersebut perlu ditempatkan di kelas yang mampu meningkatkan daya pemikirannya. Selain daripada itu juga, guru perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi pengajaran seperti soalan terbuka dan diálogo bersama murid-murid. Kaedah ini akan membantu peningkatan tahap komunikasi. Komunikasi merupakan item terpenting dalam membina kemahiran menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat. Contohnya, semasse set induksi sesi PampP guru bertanyakan khabar dan mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme sebelum memulakan pembelajaran bertemakan hobi pada hari tersebut. Selain daripada itu juga, guru boleh menggunakan kaedah diálogo bersama rakan sekelas untuk membantu kanak-kanak khas meningkatkan tahap interpessoal. Perancangan guru yang sistematik dan fleksibel boleh digunakan oleh guru tersebut dalam menagani pelbagai karenah murid. Implikasi seterusnya adalah guru menggunakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) sebagai untuk menganalisis perkembangan dan kemajuan murid sem perca semasa. Seperti yang diketahui umum, kanak-kanak khas tidak mengambil peperiksaan umum kecuali mereka yang mengikuti kelas inklusif dengan kelas normal. RPI yang digunakan merupakan kolaborasi pelbagai disiplin. Jadi, perkembangan dan kemajuan yang dianalisis merupakan peningkatan dari pelbagai aspek. Contohnya, jika seorang murid eang mengalami masalah tingkah laku, perubahannya diperhatikan oleh semua pihak yang terlibat dan terapi diberikan dari pelbagai aspek. Keadaan dan perkembangannya dicatat a semaa semasa. Apa yang menjadi fokus keutamaan adalah proses perubahannya, bukanlah hasil terakhir. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kebolehan dan kelemahan yang pelbagai. BAB 3. PERBEZAAN INDIVIDU IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Menurut Suppiah Nachiappan (2008), perbezaan individu memberan kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah. Bagi jangka masa pendek perbezaan yang wujud di kalangan murid tidak menampakkan kesan pembelajaran yang ketara. Perbezaan yang wujud akan beransur-ansur merenggangkan hubungan antara rakan dengan rakan sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal. Perbezaan individu merupakan cabaran terbesar kepada guru dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baik dan kondusif. Bagi memastikan semua murid memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran, setiap guru perlu membuat persediaan yang rapi kerana dalam setiap kumpulan tidak akan wujud kumpulan yang setara keupayaan berfikir dan memahami apa yang disampaikan oleh guru. Perbezaan gaya berfikir juga menentukan gaya pembelajaran seseorang murid. Sehubungan itu, guru haruslah mengkaji perbezaan murid-muridnya bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. 2.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PampP) 2.1 Perbezaan gaya berfikir Perbezaan gaya berfikir merujuk kepada gaya kognitif dan gaya murid belajar. Kedua-dua gaya terhasil daripada perbezaan individu. Kedua-dua gaya ditunjukkan oleh murid dalam kelas seperti ada yang lebih selesa belajar menggunakan kemudahan audio dan ada pula yang selesa dengan menggunakan alat visual. Murid-murid yang cepat bertindak akan cepat menyiapkan kerja-kerja rumah. Bagi murid-murid yang tidak berminat dengan kerja rumah akan menghantar lewat tugasannya kepada guru. Gaya belajar dikelaskan sebagai gaya belajar bergantung, bebas, mengelak, bekerjasama, bersaing dan mengelakkan diri. Guru boleh mengenal pasti dengan jelas keenam-enam gaya belajar di atas dalam sesebuah kelas. Manurut pakar psikologi, terdapat sekurang-kurangnya dua puluh perbezaan gaya belajar dalam kalangan individu. Oleh itu, guru perlu membuat penyelidikan bagi mengkaji dan meneliti perlakuan setiap murid dalam kelas yang diajarnya sebelum pengajaran dimulakan. Menurut teori pembelajaran pengalaman, terdapat empat peringkat pengalaman yang dilalui oleh murid iaitu, pengalaman konkrit, pemerhatian, reflektif, perkonsepan abstrak dan percubaan aktif. Hasil daripada empat peringkat ini, lahirlah individu dengan gaya belajar yang tersendiri sama ada diverger, assimilador, konverger, ataupun akomodator. 2.2 Objektif pengajaran dan pembelajaran Objektif pembelajaran perlu ditentukan mengikut kemampuan murid. Bagi murid yang pintar, objektif pembelajaran perlu lebih tinggi daripada murid yang lemah. Objektif pembelajaran perlu mengikut aras yang dicadangkan oleh taksonomi Bloom, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis dan sintesis. Aras kesukaran pada objek atau penilaian perlu berubah mengikut prestasi murid. Bagi murid-murid yang pintar cerdas tentu memerlukan objektif yang lebih luas jika dibandingkan dengan kumpulan yan lemah. 2.3 Kesediaan belajar Sememangnya diketahui bahawa umur merupakan faktor yang sangat penting dalam menentukan kesediaan kanak-kanak untuk belajar. Namun demikian, kanak-kanak yang sama umurnya tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Murid-murid yang mendapat pendidikan asas di rumah dan pernah memasuki kelas tadika dan pra sekolah akan kelihatan cukup bersedia semasa guru memulakan sesuatu pengajaran. Keadaaanya adalah berbeza dengan murid-murid yang tidak dapat menikmati kemudahan dan keperluan tersebut. Murid-murid yang telah dikenal pasti mempunyai perbezaan dalam kesediaan emosi, kesediaan kognitif dan kesediaan psikomotor memerlukan pertimbangan sewajarnya daripada guru dalam pemilihan kaedah dan teknik mengajar. Murid-murid yang pintar selalunya bersedia awal untuk belajar berbanding dengan murid lembam yang memerlukan ransangan yang lebih untuk menggerakkan mereka belajar. Perlu diperhatikan juga tahap kecergasan dan kestabilan emosi murid sebelum pengajaran dimulakan. Oleh itu, dicadangkan guru membuat pemerhatian awal secara rambang untuk mendapatkan tahap kesediaan murid pada hari itu. Di peringkat sekolah menengah pula, desarmando perbezaan dari segi umur, faktor motivasi, tekanan emosi, pemilihan mata pelajaran yang sesuai, keyakinan diri dan sikap guru terhadap murid juga mempengaruhi kesediaan seseorang untuk belajar. Contohnya, sekiranya seorang pelajar tidak meminati mata pelajaran Geografi dipaksa oleh guru untuk mengambilnya, besar kemungkinan pelajar tersebut tidak akan menyediakan dirinya untuk belajar. Situasi ini jika berlarutan akan menyebabkan keputusan peperiksaan pelajar tersebut turut terjejas. 2.3 Gangguan pengajaran dan pembelajaran Gangguan pengajaran dan pechugadhai berkaitan dengan kesediaan belajar. Murid-murid yang bersedia belajar selalunya akan memudahkan guru memulakan pengajaran. Mereka juga biasanya saling bekerjasama dengan rakan-rakan dalam sebarang aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Sebaliknya bagi murid yang bermasalah seperti malas belajar, meminta perhatian yang berlebihan, nakal dan berkelakuan tidak senonoh, mereka akan menggangu pembelajaran. Murid-murid ini akan menggangu rakan, membuat bising dan tidak mengendahkan arahan guru. Guru harus berhati-hati menangani murid-murid salah laku yang berkecenderungan merosakkan harta sekolah dan mencetuskan pergaduhan dengan rakan lain. Walau bagaimanapun, terdapat kes-kes murid yang cerdik menggangu pembelajaran seperti terlalu proaktif, menyudahkan kerja terlalu cepat dan berani melawan. 2.4 Kadar kecerdasan mengikut jantina Manusia memang jelas berbeza dalam kadar dan kebolehan. Darjah kecerdasan biasanya berubah-ubah mengikut umur, sikap, kematangan dan faktor persekitaran. Berbagai-bagai jenis ujian, kajian telah dan sedang dilaksanakan untuk mengukur darjah kecerdasan kanak-kanak. Kajian-kajian di negara Barat membuktikan bahawa kecerdasan seseorang akan bertambah apabila umurnya meningkat. Hal ini adalah sejajar dengan pendapat bahawa seseorang pelajar yang telah sedar akan nilai pendidikan akan mempunyai inisiatif dan motivasi yang kuat untuk belajar. Pada umumnya, keupayaan intelek dan penguasaan bahasa pelajar perempuan di peringkat sekolah rendah adalah lebih baik daripada pelajar lelaki. Sebaliknya, tahap kecerdasan pelajar lelaki adalah sederhana dan akan meningkat mencapai kematangan apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi. Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa tahap kecerdasan pelajar perempuan akan kekal stabil apabila sampai ke peringkat pengajian tinggi. Mungkin itulah sebabnya mengapa angka kemasukan pelajar perempuan ke pusat pengajian tinggi adalah lebih ramai daripada lelaki. Walaupun demikian, kajian tentang perbezaan pada kebolehan antara jantina masih belum lagi dapat dilaksanakan dengan secukupnya untuk merumuskan satu kesimpulan yang sempurna. 2.5 Latar belakang kehidupan Keadaan latar belakang kehidupan sesebuah keluarga ada hungkait dengan kemajuan anak-anaknya. Sebagai contoh kita sering mendengar kebanyakan sekolah de Bandar mencatatkan keputusan peperiksaan umum yang cemerlang. Apabila ditinjau dan diteliti, murid-murid di 8220sekolah-sekolah cemerlang8221 ini sebenarnya mempunyai latar belakang keluarga yang sempurna. Keluarga berkenaan menyediakan berbagai-bagai kemudahan pembelajaran seperti menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tambahan, kemudahan komputer berinternet dan buku-buku rujukan yang lengkap. Sebaliknya, murid-murid yang berasal dari kawasan luar bandar biasanya lebih rendah pencapaian mereka dalam sesuatu peperiksaan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Hal ini kerana mereka kurang didedahkan dengan faktor-faktor persekitaran yang boleh mendorong mereka untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Sikap keluarga dan pengaruh sosiobudaya masyarakat di luar bandar secara tidak langsung mempengaruhi suasana pembelajaran di kalangan murid-murid. 2.6 Kebolehan fizikal Pada umumnya, kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza untuk melaksanakan kegiatan-kegiatan yang melibatkan psikomotor. Keadaan ini jelas terbukti melalui kecergasan dan kemahiran kanak-kanak dalam sebarang kegiatan atau permainan tertentu yang bergantung kepada kematangan oto-otot pada organ-organ yang penting. Penyelarasan psikomotor dan kebolehan bertambah selari dengan meningkatnya umur. Peningkatan umur akan membawa bersamanya kuasa untuk mengekalkan perhatian, pentyelarasan otot, kepantasan, ketetapan kawalan dan penentangan kepada kelesuan. Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harus menguasai asas iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kemahiran-kemahiran asas seperti menulis sangat bergantung kepada sejauh mana otot kecil mata, jari dan tangan bekerjasama dengan kekuatan pemikiran individu. Oleh itu, pelajar yang mempunyai koordinasi yang baik diantara otot-otot mata dengan otoot-otot yang terdapat di bahagian lengan biasanya dapat menulis dengan cepat dan cantik sekiranya dibandingkan dengan yang menghadapi masalah dalam penyelarasan otot-otot tersebut. 2.7 Perbezaan sosial Murid-murid yang bersifat ekstrovert biasanya aktif mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga tidak teragak-agak menhoal guru tentang aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran yang mereka kurang memahami. Oleh itu, mereka akan membentuk konsep-konsep yang lebih jelas den seterusnya dapat menunjukkan pencapaian persekolahan yang lebih baik. Sebaliknya, murid-murid yeng bersifat introvertido, iaitu yang gemar berseorangan biasanya akan menarik diri daripada penyertaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, mereka akan berasa malu dan takut untuk mengemukakan soalan-soalan sekiranya menghadapi pelbagai kesulitan atau keraguan. Hal ini seterusnya akan menyebabkan murid tersebut ketinggalan dalam kemajuan persekolahan. 2.8 Perbezaan emosi Murid-murid yang berasal daripada keluarga yang bahagia serta mendapat asuhan ibu bapa yang sempurna akan mengalami kestabilan emosi. Murid-murid seperti ini tentu dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Penumpuan seperti ini tetap akan membantu mereka membentuk konsep-konsep yang jelas dalam pelbagai mata pelajaran. Situasi seperti ini akan membolehkan pelajar berkenaan memperoleh pencapaian akedamik yang baik di dalam bilik darjah. Sebaliknya, murid yang berasal daripada keluarga yang retak atau ibu bapa yang terlalu sibuk sentiasa mengalami masalah emosi kerana kekurangan kasih sayang dan perhatian. Emosi yang kurang stabil tetap akan menjejaskan penumpuan mereka terhadap mata pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas. Keadaan ini tentu akan menjejaskan pencapaian akedemik mereka. 3.0 PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU Guru ialah objek penting perlu mengetahui dan menangani perbezaan individu. 3.1 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Strategi yang berkesan adalah diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu strategi pemusatan, iaitu pemusatan kepada guru, murid atau pada bahan. Pemilihan strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana ia boleh diubah-ubah mengikut keadaan semasa murid. 3.2 Memberi peneguhan positif dan peneguhan negatif Ahli psikologi mengambil berat tentang kemahiran guru menggunakan peneguhan di dalam bilik darjah. Peneguhan positif bermakna guru memberikan pujian atau hadiah kepada satu tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh murid. Sebalikknya, jika sesuatu tingkah laku yang dibentuk oleh murid tidak dikehendaki atau negatif guru boleh menggunakan penangguhan nagatif. 3.3 Teknik motivasi Motivasi bermakna penggerak untuk memandu tingkah laku murid kearah yang lebih dinamik. Guru mungkin bertemu kumpulan murid-murid yang tidak bermaya, malas belajar, tidak mempunyai cita-cita dan suka ponteng kelas. Mengikut Grécia, seorang tokoh motivasi, menyatakan setiap tingkahlaku individu yang berbeza-beza memerlukan satu teknik motivasi yang berbeza-beza. Seorang yang malas belajar dengan seorang yang tidak mempunyai cita-cita memerlukan tenaga penggerak yang berbeza-beza. Oleh itu, guru perlu biasa dan memahirkan diri dengan pelbagai teknik motivasi. 3.4 Mempelbagaikan kaedah mengajar Perbezaan individu boleh berlaku pada sebarang peringkat umur iaitu sama ada pada kanak-kanak ataupun orang dewasa. Bagaimanapun, dalam situasi pengajaran, para pendidik yang peka dan berpengalaman boleh mengatasi keadaan perbezaan murid-murid dengan memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran iaitu a) Kaedah kumpulan mengikut kebolehan Di peringkat sekolah rendah, murid-murid biasanya mempunyai kebolehan yang berbeza dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis Dan mengira. Maka guru-guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk mengatasinya. Pengumpulan sejenis atau homogenus ini adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih baik dan cekap. Guru akan melihat kanak-kanak secara individu de mengumpulkan mereka yang sama atau hampir sama taraf kepada satu kumpulan. Biasanya guru menggunakan tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B dan C. Kumpulan A terdiri daripada murid-murid yang dianggap pandai, kumpulan B murid-murid sederhana manakala kumpulan C murid-murid yang lemah. Dengan menggunakan kaedah tersebut, guru dapat mengenal pasti punca kelemahan murid dan dapat memberikan penumpuan yang sepenuhnya. Dalam beberapa bulan, besar kemungkinan murid-murid yang lemah akan dapat meningkatkan lagi pencapaian iaitu setanding dengan kumpulan B dan A. Guru juga boleh melihat sekolah yang menggunakan nama kelas berbeza dalam sesuatu darjah bagi membezakan kebolehan murid. Pembahagian kelas ini dilakukan selepas sesi persekolahan semester pertama bermula. Murid dipilih berdasarkan pencapaian purata mereka dalam peperiksaan akhir semester lepas. Oleh itu, guru tidak perlu menggunakan kaedah kumpulan semasa mengajar di dalam sesebuah kelas. b) Pengajaran bebas dan menggunakan Bilik Sumber Pengajaran bebas bermaksud memberi kebebasan kepada murid dalam masa tertentu untuk belajar atau membuat kerja-kerja latihan di sudut-sudut bacaan atau bilik sumber secara bersendirian atau berkumpulan. Bilik-bilik yang dimaksudkan itu perlu mengandungi pelbagai sumber seperti buku, majalah, akhbar dan komputer. Kanak-kanak digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan mengetahui apa yang dibuatnya dan dengan memulakan kegiatannya sendiri kearah mencapai sesuatu peringkat. Tugas guru hanyalah sekadar membimbing murid yang ingin mendapatkan bantuan. Kanak-kanak adalah bebas untuk menyediakan tugasanya dengan sendiri melalui bantuan guru. c) Pengajaran pemulihan Pengajaran pemulihan hanyalah ditumpukan kepada murid-murid yang lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran asas pembelajaran di peringkat awal seperti di tahun 1 sekolah rendah. Pelajar yang terlibat biasanya tidak dapat mengikuti sebahagian besar pengajaran yang disampaikan oleh guru sama ada secara formal atau tidak formal. Tujuan pengajaran pemulihan ini adalah untuk mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya membina sifat keyakinan diri. Guru boleh mengenal pasti pelajar yang dianggap terlampau lemah denagn memerhatikan tingkah laku dan hasil kerja mereka. Ujian diagnostik akan diberikan kepada mereka yang disahkan memerlukan pendidikan khas untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang utama. Sesudah dilaksanakan pengajaran khas, satu ujian akan diberikan bagi menilai keberkesanan pengajaran tersebut. Pelajar yang berjaya akan dimasukkan semula ke kelas biasa. Manakala mereka yang gagal akan ditambahkan lagi masa bagi mmebolehkan mereka mendapat pendidikan dan bimbingan yang lebih baik di kelas pemulihan. d) Program pengayaan Seseorang pendidik perlu menyediakan satu program pengayaan berdasarkan tahap pencapaian dan kemahiran asas yang ditunjukkan oleh para pelajarnya. Program ini merupakan satu corak aktiviti pembelajaran yang membolehkan murid-murid mengembangkan sifat ingin tahu, daya cipta, bakat kepimpinan, minat belajar, semangat berdikari, motivasi dan memperluaskan lagi dalaman. Program ini boleh dilaksanakan sebaik sahaja guru mengenal pasti peringkat-peringkat pencapaian murid. Murid yang cerdas diberi beberapa latihan pembelajaran yang mencabar. Murid yang sederhana pula diberi latihan yang bersesuaian dengan tahap mereka. Manakala, murid yang lemah, latihan yang lebih mudah diberikan. Secara ringkasnya, program pengayaan ini dapat menolong para guru merancang beberapa strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan murid yang berbeza-beza. e) Progran berunit mengikut kecepatan sendiri murid Dalam rancangan ini, guru menyediakan beberapa unit kecil untuk diagihkan kepada semua pelajar. Rancangan ini membantu para pelajar meningkatkan lagi pencapaian mengikut kecepatan mereka sendiri. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah Dalton. Melalui kaedah ini, pelajar digerakkan terlebih dahulu tentang apa yang patut dilakukan. Mereka juga bebas untuk memilih aktiviti pembelajaran yang disukai. Guru hanyalah bertindak sebagai pembimbing dan bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Sementara itu, graf kemajuan harian murid akan disimpan bagi melihat kebolehan dan pencapaian mereka. f) Kaedah garak balas. Kaedah ini bermaksud melatih murid membuat aktiviti sama ada secara persendirian atau berkumpulan. Kaedah memerlukan penglibatan aktif kanak-kanak dalam situasi belajar dan bukannya penerima yang pasif daripada guru. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara penyelidikan, lawatan, demonstrasi dan juga kerja-kerja projek. Bagi memenuhi objek tersebut, guru harus menyediakan alat bantu mengajar yang cukup kepada murid. Guru juga boleh menggalakkan murid memilih bahan atau alat sendiri, iaitu sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan. Guru dapat mengetahui tahap pemikiran pelajar melalui hasil laporannya. g) Pengajaran terancang Dalam pengajaran terancang, setiap murid akan belajar mengikut kemampuan dan cara yang tersendiri. Guru perlu mahir dalam menyusun strategi perancangan yang logik tanpa merujuk kepada buku teks. Terdapat tiga jenis pengajaran terancang, iaitu jenis linear, semua murid dikehendaki mendapatkan bahan yang sama, tetapi membuat kerja mengikut kadar yang tersendiri. Murid akan mendapat maklum balas dengan segera dari guru tentang apa yang dibuat. Jenis bercabang ialah pengajaran terancang yang disusun agar murid yang cekap dapat mengikutinya dengan cepat. Jenis penyesuaian pula ialah yang dianggap tercanggih melalui penggunaan komputer bagi mengawal tahap kebolehan individu. Pada masa ini terdapat berbagai-bagai kaedah mengajar telah dicipta. Kaedah-kaedah mengajar ini disukai oleh murid secara berbeza-beza. Contohnya, ada murid yang tidak suka dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran bersama rakan manakala ada juga murid yang suka kepada bentuk pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Guru perlu mendalami kecenderungan kaedah pengajaran yang disukai oleh murid. Walau bagaimanapun, guru pastinya tidak dapat memenuhi permintaan kehendak semua murid tetapi dengan mempelbagaikan kaedah mengajar akan dapat mengurangkan kebosanan murid. 3.5 Merancang variasi penyampaian Variasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan dengan murid. Guru perlu menggunakan semua pencainderanya seperti tepuk tangan, fokus pandangan, gerakan kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai. Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan mampu menarik perhatian murid. Murid yang mengantuk secara tiba-tiba akan terjaga apabila mendengar tepukan tangan guru. Murid yang suka menggangu rakan akan berhenti mengganggu rakan apabila guru bergerak menghampirinya. Guru dikehendaki selalu menukar-nukarkan intonasi suara supaya murid-murid benar-benar terhibur. Banyak kajian menunjukkan murid-murid tidak berminat belajar disebabkan oleh persembahan pengajaran guru tidak memberangsangkan. 3.6 Nasihat kaunseling pembelajaran Individu yang berbeza-beza memerlukan teknik nasihat yang berbeza-beza. Guru perlu mempunyai asas kemahiran kaunseling. Etika kaunseling adalah penting apabila berhadapan dengan murid. Pasti ada murid yang tidak sanggup berhadapan dengan pembetulan tingkah laku secara terang-terangan. Terdapat juga murid yang memerlukan bantuan rakan sahaja untuk menyelesaikan masalah mereka. Kepercayaan murid pada guru bergantung kepada perhatian guru kepada mereka. Guru yang memahami masalah murid sahajalah yang mampu menyelesaikan masalah pembelajaran murid. 3.7 Menghubungi keluarga Tingkah laku murid kadang-kadang berbeza dengan apa yang dipamerkan di sekolah dan rumah. Oleh itu, guru perlu bersedia menjalinkan hubungan dengan keluarga murid untuk berkongsi mengenali tingkah laku murid. Kemampuan guru berkomunikasi dengan ibu bapa membantu memudahkan guru mengesuaikan teknik-teknik mengajar. Perbezaan individu adalah satu elemen yang penting dalam bidang psikologi pendidkan. Perbezaan individu dalam kalangan murid harus dipelajari dan dikenal pasti oleh seseorang guru bagi melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cabaran paling besar guru-guru adalah untuk menangani pelbagai kesan yang disebabkan oleh perbazaan individu dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik supaya ianya memberi faedah kepada semua murid. Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Suppiah, Ramlah, Abdul Aziz (2008). Siri Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Ee Ah Meng. (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psokologi Perkembangan Semester 1. Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Murugiah Velayutham. (1996). Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan: Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Syarifah Alwiyah Alsagoff. Psikologi Pendidikan 1 . Longman
No comments:
Post a Comment